weblogUpdates.ping Jual komik lama / komik bekas / buku bekas online http://www.kinantikomik.com/ Blog - Komik bekas - Cari komik - Jual Komik - Novel Bekas buku bekas Murah Langka Online!: Sinopsis Komik Grander Musashi

Sinopsis Komik Grander Musashi

Musashi tinggal bersama ayahnya. Ibunya telah meninggalkan mereka pada tiga tahun yang lalu tetapi Musashi percaya dia akan kembali suatu hari nanti. Pada suatu hari mereka berpindah dari Tokyo ke sebuah kampung di kawasan pedalaman. Musashi tidak suka tinggal di situ dan dan mendesak ayahnya supaya membawanya kembali semula ke Tokyo. Dia mengira sama ada ibunya boleh mencarinya di rumah baru mereka.

Tidak lama selepas berpindah ke kawasan pedalamn, Musashi melihat bagaiman orang di situ memancing. Dia begitu tertarik dengan cara orang itu memancing. Musashi banyak belajar dari orang itu dan mendapati datuk di sebelah ibunya adalah juara di dalam pertandingan memancing. Musashi merasakan bahawa memancing boleh membawanya kepada ibunya yang hilang. Beliau menunjukkan minat yang mendalam di dalam memancing dan mengembara bersama dua orang rakan barunya iaitu Mio and Suguru ke banyak tempat untuk mencari ikan yang terkuat. Melalui memancing, Musashi dapat menimba pengalaman baru.

 

Info